Resepi ini saya cuba pada Ramadhan lepas, mudah sangat. Tapi nak buat tu makan tahunlah jugak, =). Jom cuba.

Hmm apa kata kali ni kita masak masakan tersohor di Terengganu ni, KETUPAT SOTONG (baca tupat sutong). π
Mudah jaa nak buat ni. Sebab bila kita buat sendiri, jaminan kebersihan makanan seisi keluarga lebih tinggi. Gitu.

Barangan untuk tupat sutong.
10 ekor sotong yang dibuang kulit saiz sederhana
1 camca teh halba
1 inci halia dimayang halus
3 biji bawang merah dimayang juga
100 ml santan untuk kukus beras pulut
200 ml santan untuk kuah
200 gram beras pulut
Lidi pencungkil gigi π€ yang bersih π untuk sematkan sotong π
Garam dan gula secukup rasa

Β
Caranya agak mudah
β
Beras pulut dibasuh bersih dan direndam dengan 100 ml santan plus sedikit air
β
rendam lebih kurang 1 jam
β
Kukus pulut hingga masak lebih kurang 15 minit.
β
Sejukkan pulut
Β
Cara Kendalikan Sotong
β
Masukkan pulut yang sudah sejuk tadi ke dalam perut sotong. π
β
Sematkan dengan lidi supaya pulut tak keluar. π

Cara masak kuah
β
Letak santan atas api sederhana besar bersama halba, halia dan bawang kecil tadi
β
Masukkan sotong yang dah disumbat pulut tadi
β
Bila dah masak sotong dan kuah mendidih. Bolehlah tutup api
β
Sedia untuk dihidang. Tadaa! ππ
Nota: kalau rasa bermanfaat dan mahu kongsi resepi ni. Kongsikan ajer k. Tak perlu minta izin. π
Masliana Ibrahim
Rajin kongsi resepi Ramadhan, biasa kongsi resepi simpan emas di telegram sini https://t.me/maslianaibrahimΒ