Alhamdulillah buku PABILA HAWA BERDENDANG kini dalam proses-proses terakhir dan hari pelancaran bakal diadakan nanti pada Mac 7, 2020 di satu lokasi yang masih lagi dirahsiakan saat ini.

Apa pun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua barisan penulis yang sudi bersama-sama dalam #sirihawamenulis1.0 ini. Aku tahu tanpa kehadiran kalian semua, inspirasi Hawa ini tak bisa menjadi nyata dan sesungguhnya semua ini jua atas keizinanNya Yang Maha Mengaturkan.

Terima kasih untuk kalian yang sudi membacanya juga, menyokong kami dan membantu dalam apa jua sedikit atau banyak, kami dahulukan dengan ribuan terima kasih dan mendoakan ia menjadi sumber manfaat sesama kita.

Justeru aku ingin memperkenalkan barisan penulis Hawa dalam #sirihawamenulis1.0 ini. =) Setiap individu ini mempunyai kepakaran di bidang yang berbeza namu hati kami telah disatukan di dalam proses pembukuan ini. Alhamdulillah.