Kanvas Puisi

Siri Hawa Menulis

Coretan Pn YatiYusoff (pelukis ilustrasi kulit buku PHB) Dalam pertengahan Januari lepas, sis Masliana @kanvas_puisi menghubungi saya untuk bertanyakan servis ilustrasi untuk buku terbaru rancangannya bersama penulis2 baru. Saya tanya, “Boleh saya join?” Malu gak. Selama ni hanya menulis untuk diri sahaja. Dia balas- Cepat2 hantar kalau ada. Dah nak submit ke printer ni. 😅 . Mulanya, dia cuma nak sejambak bunga sakura pada cover. Belum sempat buat sketch, datang pula idea baru- kensel bunga sakura tapi nak seekor burung berdada biru bertenggek di sebatang dahan kayu. . Lepas tu dia pesan, “Kak ET buatlah bagi sedap mata memandang”. Lalu saya pun lukislah burung seperti sedang menyanyi. Mula-mula kat pokok biasa jer tapi terlintas pula, “Why not buat dia bertenggek pada pokok sakura, kan?” . Maka terhasillah artwork tersebut lengkap dengan warna2 lembut di background yg sinonim dengan sifat wanita yang penuh kasih sayang namun biru pada dadanya tu terserlah lambangan sifat tegas dan berani dengan caranya yang tersendiri. . Tapi kenapa sakura? Berbalik kepada niat asal Masliana yang terlintas untuk menjadikan bukunya sebagai salah sebuah sumber bacaan yang dapat memberi inspirasi kepada mualaf di pusat dakwah di negara Jepun. . Jadi, dengan visi sebuah buku ke Jepun itulah dia terfikir bunga sakura. Namun, mungkin hatinya tersentuh dengan kicauan burung di sekeliling rumahnya ketika didapur dan dibilik sedang menulis, dia rasa lebih sesuai dengan rentak buku terbaru ini. Bila dapat ke saya pulak, digabungkan sahaja kedua-dua elemen tersebut yang membuatkan dia lebih teruja. . Begitulah Dia mengilhamkan kepada kami perjalanan untuk kulit luar hiasan buku Pabila Hawa Berdendang. . Ingin tahu tentang isinya? Silalah klik pada pautan yang disediakan untuk membelinya ya? Haaa.. Baru boleh baca. 😀 . Basically, kami nak ajaklah wanita2 terutamanya untuk mula menghargai diri (jika dia belum berbuat demikian) dan juga ingin membawa pembaca selami jiwa yang inginkan ketenangan abadi. Ada juga terselit perjalanan rohaniah dan observations of everyday life- lebih kurang begitu. Ya, semuanya dalam bentuk puisi. . Inilah cara kami rai-kan jiwa kami. Semoga Allah meredhai usaha kecil ini. Aameen 3x 💖
Hakcipta Terpelihara © 2020 Kanvas Puisi