Penat jadi stalker ni sebenarnya. Penat dengan diri sendiri yang tak dapat nak kawal minda dari terus terusan memikirkan orang yang ingin di stalk. Haru! Penat dengan energi yang tak mampu melonjakkan diri menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Ia satu sindrom yang sangat merugikan diri sendiri, masa dan tenaga.

Bayangkan jika anda stalk orang yang anda benci, contohnyalah atau orang yang anda aim untuk sesuatu perkara tak kisahkah apa pun ia. Apakah rasa dihati itu sangat best atau sebaliknya? Jika tak suka, tinggalkan bukan terus-terusan mengikuti perkembangan. Ia melemahkan diri dan jiwa sendiri sebenarnya, bukan orang tersebut. Rugi oi!

✅ Ia tanda sebuah ketagihan fikiran anda cuba menguasai diri anda
✅ Ia menyakitkan perasaan sendiri
✅ Ia merendahkan vibrasi diri sendiri

Kerana apa?

Kerana ia simbolik bahawa kita belum kenal siapa diri kita yang di dalam itu. Ia tanda anda tidak berhubung dengan diri sendiri yang di dalam itu. Tak tau nak menguruskan diri dan fikiran itu sangatlah menyakitkan.

Tapi itulah hakikatnya.

Tanya balik diri kenapa stalk seseorang? Ada baiknya cari aktiviti yang lebih sihat daripada stalking contohnya dengan berkebun, membaca quran, berzikir, membaca buku, menari, melukis atau apa saja yang diri suka. Pernah buat?

Muhasabah kembali tujuan stalking tersebut, apa yang diri dapat dari perkara sebegitu. Adakah ia cara terbaik untuk dilakukan? Cuba alirkan keinginan untuk sebuah ketagihan tersebut kepada perkara yang diri suka lakukan. Ia menjadi pita di dalam fikiran yang sentiasa berputar isu yang sama, sakitkan.

Apa pun sebab musababnya, ia sebuah tanda ketidakharmonian diri yang di dalam. Cuba kembalikan diri yang tenang itu kembali dengan bernafas dengan betul. Cuba!

🥰

Nota: tiber rasa nak tulis ni sebab tertengok post orang famous, tapi dibahgian komen ada jer kaum haters (hakak consider these people as stalkers la) yang kurang puas hati dengan si femes tersebut. Dah tak suka, usah di stalk lagi, abaikan jer. 😂 Dan tulisan ni sebagai praktis menulis jer.