Buku saya dah siap. Syukur alhamdulillah saya panjatkan kepada Sang Pencipta mengizinkan ini terjadi. Impian kecil yang hadir dalam sanubari akhirnya terlaksana. Dan jujur saya katakan ini semua adalah sebuah keajaiban sebab saya menuruti intuisi sendiri dan hasilnya perjalanan merealisasikan buku ini sangat amazing. Hingga saat saya menulis ni pun terasa sangat bahang kasih sayang Dia berikan satu persatu kepada saya dan tim penulis Hawa ni.

Saya mula memaklumkan rakan-rakan yang buku saya dah siap ni. Menariknya ramai yang respond bagus dan ada juga yang menyatakan saya tak baca puisi-puisi ni. Saya hanya senyum dan saya juga faham puisi masih lagi belum diterima sepenuhnya masyarakat kita hari ini. Saya juga tahu masih ramai yang suka baca puisi. Tapi bukan ini yang saya nak tulis hari ini.

Dulu saya pun bukan orang yang suka puisi apatah lagi nak baca buku puisi. Saya mendapat pendidikan dalam bidang perakaunan yang sangat jauh dengan puisi. Namun seiring dengan waktu yang Allah izinkan dalam hidup saya tersentuh titik kreativiti dalam diri dan terhasillah puisi.

Saya hanya nak maklumkan bahawa puisi adalah bahasa jiwa manusia. Ya bahasa jiwa manusia. Ramai orang mengaitkan puisi dengan jiwa-jiwa lemah yang sering kesedihan dan kecewa mungkin dalam percintaan dan sebagainya hingga ia dianggap puisi hanya untuk orang yang lesu dan galau semata.

Sedangkan puisi ada sisi keistimewaannya yang boleh memotivasikan jiwa untuk lebih bertumbuh dengan saksama. Melalui kata yang tersirat dengan mesej, ia tidak terlalu terus terang dan berlapik bahasanya, bukankah itu adab yang baik dalam berkata-kata? Jika puisi diperhalusi ia menjadi kata inspirasi antara jiwa, diri yang belum terbuka dengan kesedaran dalam diri biasanya sukar untuk nampak ini. Atau mungkin sebab terlalu dikuasai minda logik, sedangkan puisi ini boleh difahami setiap manusia. Bermakna setiap orang ada kebolehan memahami bahasa jiwa mereka sendiri.

Bukan pula saya mengatakan puisi saya yang terbaik, bukan. Saya hanya suka meraikan kemerlimpahan puisi yang ada dalam hidup saya sendiri. yalah jika saya sendiri tak suka bagian ini, mana mungkin manusia lain akan menyukai diri saya? Sayalah yang kena terima dulu bagian diri yang sebegini dan meraikan sebaiknya, barulah orang di luar diri saya memberi respond yang sama selari dengan penerimaan saya sendiri.

Manusia hari ini terlalu sibuk dengan pekerjaan harian, perniagaan yang diuruskan dan sebagainya. Ia bagus untuk sebuah kelangsungan hidup cuma ada masa kena belajar untuk “perlahankan hidup”. Bukan berada di dalam kesibukan sehinggakan tak dapat nak bagi masa untuk bersama-sama diri sendiri apatah lagi untuk memahami mesej-mesej yang ada dalam diri kita. Mesej-mesej inilah yang memberi pendedahan kepada diri kita apa kekuatan kita sebenarnya, apa kelemahan kita, apa yang kita ada dan kreativiti ayng bagaimana yang terkumpul di dalam diri kita atau mungkin cara terbaik untuk kita uruskan kreativiti sebaik mungkin, tanpa perlu takut penerimaan orang lain terhadap kita.

Saya memang teruja bab mengembara ke dalam diri sebab banyak jawapan yang saya telah temui. Saat sesuatu ilham atau intuisi diri saya keluar dan bila saya ikut rasa tersebut, pelbagai peluang dan ruang muncul satu persatu hingga saya tak mampu nak risau apakah hasil dari semua ini. Bukan juga tak pernah risau langsung tapi asbab bila peluang muncul, saya syukuri sebaiknya. Justeru kerisauan itu tak menguasai saya, sebaliknya saya yang uruskan kerisauan tersebut. Bab ni juga jika saya tulis takkan pernah habis.

Ya setiap diri kita ada jawapan untuk semua perkara yang dia perlukan di dalam dirinya sendiri. Cuma ada waktunya kita tak tahu bagaimana nak mendapat jawapan-jawapan ini dengan mudah.

Mungkin ada yang tertanya bagaimana? Ada satu kaedah mudah untuk mula merasa dan memahami diri sendiri dengan mengembalikan sebuah kesedaran adalah BEING PRESENT dengan momen ini. Teknik ini ada saya kongsikan di dalam pos yang lepas, mungkin boleh di rujuk di situ. =)

Inilah sisi keindahan yang saya suka sahabat Hawa yang lain juga turut merasakan keberadaan dirinya sebenarnya sangatlah unik. Dapat sentuh sisi ini insyaallah permata dalam diri sahabat pastikan bersinar dan terserlah. Sahabat akan lebih berani menghadapi semuanya termasuk melangkah untuk capai impian sendiri. Tak kisah ia bermula dengan apa sebab itulah proses sebuah transformasi dalam perjalanan hidup kita. Bukankah hidup ini wajar dinikmati sebaiknya rather than terkejar sana dan sini bagi memenuhi sebuah istilah “kesibukan yang diciptakan minda sendiri.”

Justeru saya berbesar hati atas kesudian sahabat Hawa saya untuk memiliki naskhah pertama antologi saya bersama 4 penulis Hawa yang lain sebagai satu langkah untuk “memperlahankan hidup” sahabat. Ya buku ini boleh dijadikan langkah pertama untuk memulakan “being present” dengan menikmati bait kata puisi kami dan mula meneroka diri sendiri. =) Kita terhubung dengan bahasa jiwa yang sama dan alat perhubungan ini adalah buku yang saya sangat raikan ini PABILA HAWA BERDENDANG.

Khas untuk sahabat Hawa yang nak dapatkan naskhah ini sementara masih diberi POS PERCUMA dan beberapa hadiah misteri yang lain, boleh klik di pautan ini untuk tempahan ya. Tawaran ini terhad sehingga 6.3.2020 sahaja. Terima kasih sudi baca tau!Klik —– https://kanvaspuisi.onpay.my/order/form/1