Sebenarnya tanpa sedar, semua manusia ada isu ini. Ada bagus dan ada yang tak bagus. Yang penting pada saya bila saya sedar di manakah posisi ketagihan tersebut dalam diri saya.

Apa yang diri saya ketagihkan? Ada satu masa saya terlibat dengan satu perniagaan mlm yang memasarkan satu produk kegemaran saya iaitu minyak aromaterapi. Saya memang sukakan minyak ni secara jujurnya ia memang best. Efek pada diri saya pun best, kadang cepat untuk kembalikan rasa tenang. Contohnya ada minyak yang diformulasikan dengan esen tertentu bagi tujuan rileksasi dan bila diwapkan ia membantu diri saya untuk cepat stabil emosi tanpa larat nak sedih lama-lama. Baguskan!

Namun apa yang saya perasan dan sedar adalah perniagaan ini menggunakan teknik psikologi efek untuk ketagihan sebagai satu modul untuk membantu perniagaan berkembang secara drastik dan meluas. Sebenarnya kebanyakan perniagaan juga menggunakan psikologi ketagihan ini kepada pelanggan mereka, ya ia bagus untuk sebuah perniagaan. Jika anda berniaga, boleh gunakan teknik yang sama ok. =)

Sekejap, sebelum saya sambung tulisan saya, suka saya nak maklumkan bahawa ia bukan bertujuan untuk megatakan perniagaan ini tak bagus, ok. Tulisan ini sekadar memberi contoh dan kesedaran yang saya dapat untuk menerangkan apakah ketagihan itu bagus atau sebaliknya. =)

Apa yang berlaku adalah saya memang gilakan minyak ni. Setiap bulan, mereka mengadakan promosi-promosi best yang mana memberi tawaran yang terlalu sukar untuk saya tolak. Akibatnya setiap bulan banyak bajet saya habis ke sini dan akibatnya minyak ini jadi banyak di dalam koleksi saya. Ya minyak ni ada pelbagai fungsi dan menggunakannya adalah sangat menggembirakan hati sendiri.

Apabila saya sedar akan perkara ini saya mula perhalusi kehendak-kehendak dan keperluan saya terhadap produk ini. dan saya dapati, minda saya dijajah oleh promosi-promosi mereka setiap bulan dan saya rasa tak suka dengan keadaan ini.

Tapi apakah ia bagus untuk saya? Bila saya ada kesedaran yang diri saya sukakan produk ini tanpa dapat menilai dengan baik, apakah ia keperluan atau kehendak semata, inilah saat yang saya harus putuskan dari ketagihan ini. Ya saya hanya membeli produk tersebut bila ada KEPERLUAN sahaja tanpa saya terpengaruh dengan promosi-promosi mereka. Ya lah masa promosi semua nampak murah dan tanpa sedar saya dah berbelanja dari yang sepatutnya dan ada banyak botol minyak yang berbeza fungsi hingga hari ini masih ada lagi. =)

Justeru kitalah yang kena tahu apakah yang menjadi ketagihan diri kita? Selain dari itu ada juga contoh lain ketagihan yang baik seperti setengah orang dia suka untuk membantu orang lain bahagia, dia pun turut rasa bahagia. Justeru ketagihan dirinya adalah untuk terus berbuat kebaikan. Ada orang dia suka rasa syukur dan nikmatnya rasa syukur ni buat dia rasa ketagih untuk merasa syukur setiap masa, then itu adalah ketagihan yang baik juga.

Saya cuma perlu fokuskan kepada apakah perkara yang jadi ketagihan positif kepada diri saya dan perbanyakkan lagi perkara tersebut. Mudahkan.

Semua orang pun boleh buat ni, dan jika ada dan sedar bahawa diri ada ketagihan tak baik. Its ok, cuba tukarkan ia kepada ketagihan yang baik. Pasti ada dan pasti boleh insyaallah.

Bagaimana? bab ini mungkin kena cari guru atau yang lebih pakar dalam bidang ini. saya hanyalah menulis berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya ada hasil belajar dan membaca, serta praktikal untuk perkara ini.

Wallahualam.