Kebelakangan ni sejak lama menyiapkan urusan pembukuan antologi puisi Hawa, saya perasan akan satu perkara yang berlaku kepada diri. Iaitu simptom “ketagihan” dalam diri seakan mahu kembali menjelma.

Ketagihan untuk senantiasa melihat WA dan facebook,. Walhal ia bukan perkara penting. Saya sedar sudah lama handphone saya tak berada di flight mode. Situasi ini agak kurang menyenangkan hati saya sendiri.

Sebab inilah proses minda untuk kembalikan kepada tahap yang lama. Menyibukkan diri untuk satu perkara yang membuang masa, tanpa sedar membuang energi diri sendiri, tanpa sedar ia menjauhkan hubungan saya dengan diri saya, tanpa sedar juga ia cuba menguasai diri.

Apa yang saya perlu buat untuk kembalikan momentum diri untuk tidak terlalu terikat atau terikut dengan otomasi minda sebegini?

  • Kembalikan kesedaran saya kepada nafas: terima kasih Ya Allah untuk nafas ini. Sedut dengan asmaNya, lepaskan juga dengan asmaNya. Pilih asmaNya yang rasa sesuai saat itu. Buat beberapa minit sehingga rasa lega dan terkawal.
  • Lihat apa yang ada dikeliling saya dan cuba berhubung dengannya. Contoh ada anak-anak di depan mata, layan mereka. Tengok mereka, dengar cerita mereka, gelak ketawa dengan mereka. lepaskan semua gajet yang ada di tangan ketika ini, tutup dan fokus kepada mereka.
  • Muhasabah diri dengan mendengar apa yang dalam diri katakan. Cuba tuliskan apa yang di dengar , apa yang dilihat atau apa yang dirasa. Dengar apa katanya, mungkin diri mahu baca Alquran, then baca. Mungkin juga nak berjalan di taman, then jalan sekejap di taman, atau mungkin dia nak komunikasi denganseseorang then cari orang yang boleh dikomunikasi.

Banyak kali perkara sebegini terjadi kepada saya. Rasa nak scroll facebook jer padahal tak ada apa benefit pun. Saya sedar akan itu tapi ajakan minda itu terlalu kuat hingga mampu jadi otomasi kepada tindakan diri, then saya tahu ia masa untuk saya berhubung kembali dengan diri saya.

Saya mahu menguasai diri sendiri sebaiknya dan juga minda. Bukan dikuasai oleh minda. =)

Anda bagaimana?