Kanvas Puisi

“Lakaran aspirasi puisi istimewa yang menyentuh desain jiwa anda, ia hanyalah cebisan kisah dalam bentuk ceritera puisi kesenian diri sejatimu”

Apa yang dimaksudkan dengan Aspirasi Puisi? Ia adalah koleksi puisi yang diilhamkan berdasarkan profil diri seseorang, yang boleh dijadikan panduan untuk mereka yang suka meraikan diri dalam seni puisi mahupun bait kata yang lebih terakam indah. Saya tidak menjanjikan puisi ini puitis atau sebaliknya kerana semua ilham ini ada kaedah untuk dialirkan dalam kontek yang sesuai dengan diri anda. Ia hanyalah ungkapan kata yang meraikan seseorang dengan lebih dekat dan mendalam, hanya empunya diri yang boleh merasainya samaada tepat atau sebaliknya. Insyaallah saya suka mengilhamkan aspirasi puisi khas untuk anda yang perlu.
Contoh dalam kanvas

Aspirasi puisi ini boleh dijadikan hadiah untuk meraikan:

  • ulangtahun perkahwinan
  • ucapan hari kelahiran
  • ucapan selamat buat tim yang bersara
  • apa jua keraian anda

Format untuk 1 buah aspirasi puisi adalah seperti di dalam kanvas di atas.

  • Cetakan kanvas bersaiz¬† 40 x 60 cm untuk 1 puisi
  • Biasanya tema hidup sang empunya puisi

Aspirasi puisi yang sempurna terdiri daripada koleksi 11 buah puisi yang berkisarkan tema berikut:

  • diskripsi dirinya
  • cabaran hidupnya
  • kekuatan dirinya/potensi
  • tujuan hidupnya
  • daya tarikan cintanya
  • kecerdasan intelektual
  • kecerdasan emosi
  • kecerdasan spiritual

Sekiranya anda suka untuk ada koleksi puisi peribadi sebegini untuk meraikan diri anda dan mempunyai 11 buah puisi, ia akan diabadikan dalam sebuah buku atau album ekslusif peribadi yang sempurna. Ia boleh memuatkan juga koleksi gambar peribadi yang anda mahu tampilkan di dalamnya.

Saya gembira untuk menukang  koleksi ekslusif aspirasi puisi sebegini untuk meraikan diri anda. Nantikan kemunculan buku puisi ketiga saya nanti dengan #siriaspirasipuisi. Insyaallah.

Hubungi saya di emel ya. =)

Please wait while flipbook is loading. For more related info, FAQs and issues please refer to DearFlip WordPress Flipbook Plugin Help documentation.

Hakcipta Terpelihara © 2020 Kanvas Puisi