hari ini ya hari Wanita Sedunia. Saya agak sibuk menyiapkan page #sirihawamenulis dari petang semalam. banyak post dan perkongsian dari hati yang terlepas gegara ini. haha tapi tak apa, kita siapkan kerja dulu k.

Justeru sempena hari wanita ni, apa nak buat ya untuk meraikan diri. Rasanya kena hadiahkan sesuatu walaupun kecil hanya sebagai tanda menghargai diri saya selama ini bertungkus lumus menulis, menjaga keperluan keluarga dan sebagainya. Anda juga tak kisah apa pun bidang pekerjaan anda, wajar juga raikan hari ini. Sebenarnya bukan hari ini saja, tapi takpalah dah ia dinobatkan hari ini sebagai hari wanita.

langkah lain yang boleh dibuat adalah:

  1. Mula menyayangi diri: apa yang boleh dilakukan hari ini untuk rasa anda sayang diri sendiri, mungkin rasa nak rehatkan badan. Boleh cuba pergi spa dan dapatkan rawatan urutan, sauna dan sebagainya.
  2. Menghadiahkan diri: dapatkan sesuatu walaupun kecil sebagai hadiah untuk diri sendiri. Spa pun boleh, atau rasa nak makan coklat. Apa kata hari ni beli coklat bar yang terbaik untuk diri anda. Murah atau mahal bukan ukurannay tapi kesedaran dan niat anda itu yang jauh lebih penting.
  3. happykan diri: tengok wajah anda di dalam cermin dan pastikan wajah tersebut happy. Haa jika tak happy apa nak buat? Boleh muhasabah sekejap apa yang menyebabkan anda tak happy, bila dah temu jawapan cari juga apa yang membuatkan anda happy hari ini.

Saya kongsikan 3 perkara mudah yang anda boleh buat. Mungkin juga dengan menghadiahkan buku puisi kami yang bersempena dengan tema hawa ini boleh menggembirakan anda. Why not kan.

Kadang kita duk fikir nak buat perkara besar-besar jer hingga lupa yang kecil dan mudah itu jika di beri perhatian pun boleh membahagiakan diri.

=)