Semua maklum sekarang ni adalah musim #stayathome atau kempen #dudukdirumah gara-gara isu yang sedang melanda dunia hari ini. Sebenarnya hanya dengan mengikuti arahan pemerintah kita kali ini dengan #dudukdirumah, kita dah bantu banyak pihak terutamanya mereka yang bertungkus lumus memberi perkhidmatan di hospital dan sebagainya.

Ya semudah abc, ada baiknya kita #dudukdirumah saja. Ini juga menunjukkan etika diri sendiri iaitu sebanyak mana kita sayangkan diri kita. Kerana apa dengan #dudukdirumah kita berjaya mengelakkan penularan menjadi semakin rumit dan menyusahkan banyak pihak.

Pada saya ini antara masa yang sangat baik untuk membina kembali hubungan samaada dengan Sang Pencipta, dengan diri sendiri, dengan anak-anak, ibubapa dan keluarga. Tapi apa yang saya nak tulis hari ini adalah hubungan dengan diri sendiri.

Apakah yang dikatakan hubungan dengan diri sendiri.Ya la selama ini mungkin ramai yang sibuk dengan kerja di pejabat, berniaga di kedai atau pun apa jua yang menjadi faktor kesibukan kita, ini masanya untuk perlahankan semua itu dan fokus hanya kepada diri sendiri. Best ke best?

Kalau tanya saya, jawapannya adalah best. Sebab antara orang yang sering saya lupa untuk diberi perhatian adalah DIRI SENDIRI. Antara perkara yang boleh dibuat waktu ini adalah tanya sejujurnya kepada diri sendiri apa yang menjadi kemahuannya hari ini. Mungkin dia nak berpuasa, dia nak diet, dia nak pakai bedak sejuk, dia nak menari, dia nak santai rehat melepaskan segala penat selama ini terkumpul atau mungkin semudah dia nak baca Alquran, mungkin.

Pernah tak kita beri perhatian selama ini kepada kehendak-kehendak diri kita yang sebegini? Senarai di atas hanyalah contoh saja, anda mungkin dapa jawapan yang berbeza sebab saya dan anda adalah dua jiwa yang berlainan. =)

Perhatikan apa yang diri anda mahu saat ini. Dan cuba penuhinya seperti anda menuntun anak kecil yang perlu dilayan dengan baik dan lemah lembut. Katakan kepada diri,” its ok Mas, aku faham hari ni kau nak rasa menulis kaligrafi, jom kita buat sesama na.?” ucapkan sesambil menggosok belakang bahu seolah memujuk diri.

Ya saya sedang bercakap dengan diri sendiri yang lama sudah saya tinggalkan. Dia mahu buat itu dan saya santuninya dengan mendaftar kelas online untuknya. Dan menyediakan peralatan untuknya.

Ia nampak mudahkan seperti kalau tak layan pun tak apa kot. Ya boleh saja abaikan apa yang diri sendiri mahukan. Cuma impaknya nanti ia boleh menjadi sumber ketidakdengaran orang lain kepada kita atau kita tak boleh dengar dan patuh apa yang orang lain katakan.

Maksudnya saya begini. Bila kita dengar apa yang diri kita ucapkan dan buat/layan kehendak itu, insyaallah kita akan mudah didengari orang lain kelak.

Inilah hukum energi yang seiring dengan apa yang kita buat sebagai menghargai diri kita. Kita hargai diri kita walau sekecil perkara yang dia mahu, kita buat dengan penuh kesedaran bahawa kita sayangkan diri kita. Kita beri rasa hormat untuk diri sendiri rather than berbuat sesuatu tanpa kesedaran yang jelas. Ia ada impak yang berbeza. Inilah juga teknik #selfmastery yang saya pelajari dan sedang praktiskan di dalam kehidupan seharian.

Praktiskan ini selama beberapa hari ini dan cuba sedari perasaan yang anda ada dalam diri. Adakah rasa lebih baik dan tenang atau sebaliknya.

Inilah yang terjadi kini, situasi di mana rakyat Malaysia diminta untuk #dudukdirumah oleh PM kita, tapi apa yang terjadi masih ramai yang keluar rumah bersama keluarga seolah ia adalah arahan ringan.

Kerana apa? Tak lain tak bukan hanya kerana mereka tak pernah mendengar apa yang diri mereka mahukan, apatah lagi mendengar dengan hati arahan sepenting ini dalam situasi sebegini. Dengan kasih sayang yang ada untuk diri sendiri, perkara ini sebenarnya dapat di atasi dengan lebih mudah dan berhemah.

Senantiasalah berbalik kepada diri kita asbab dunia di luar itu adalah signal dunia dalaman diri kita. Saya tak sempurna, hanya menulis apa yang saya tahu dan sedikit pengalaman yang ada untuk dimanfaatkan semua. Andai kata tulisan ini ada “label” yang saya sertakan, maafkan saya.

#stayathome atau #dudukdirumah dan jom kita get connected to our inner self dengan lebih mendalam. Wallahualam.