Hari ni masuk hari ke sembilan kempen #dudukrumah. Sebenarnya saya suka juga dengen kempen sebegini sebab apa tenang dan damai jalan kat depan rumah saya ni ha. Kalau hari biasa ia menjadi laluan yang sangat sibuk dan bertali arus serta mengganggu kedamaian suasana yang ada.

Haha sementara ia masih berlangsung, saya nikmati sebaiknya keadaan ini. =) Harapan dan doa saya untuk anda yang membaca semoga anda baik-baik saja. Dan untuk yang ada tempias dalam perniagaan, bertabahlah dan yakin pasti ada solusi jua untuk anda selepas ini. Cuma masa ini boleh buat sesuatu yang lebih kreatif untuk pastikan perniagaan masih lagi boleh berjalan walaupun dalam keadaan begini.

Dan juga jika anda dah cuba macam-macam dan ia tak berkesan untuk anda dan perniagaan anda. saya cadangkan anda lepaskan segala yang berada di luar kawalan diri. Sebab bila kita buat juga dan hasilnya tak seperti yang kita harapkan, dikhuatiri ia menjadi faktor menyebabkan diri kita tertekan. Perlu elakkan sebarang tekanan pada waktu begini dan kekal tenang itu adalah lebih baik.

Sebenarnya ini masa yang baik untuk kita muhasabah diri, replan kita punya jadual aktiviti, masa untuk spend time betul betul dengan anak-anak dan keluarga, spend masa dengan diri dan ya mungkin prepare yang terbaik untuk Ramadhan bakal tiba nanti. Apa saja anda lakukan pastikan ia dibuat dengan penuh kesedaran.

Camana tu? Ya walau kita di rumah, masih lagi berbuat sesuatu yang bermanfaat di luar rumah seperti halaman. Masih boleh jogging di sekitar rumah, berkebun sayur, melihat langit dan awan, dengar bunyi beburung berkicau dan sebagainya.

Ini sebenarnya nikmat hidup yang sangat mahal jika anda dapat nikmatinya sepenuhnya pada waktu sebegini. Sebab sebelum ni mungkin kita sibuk hingga tak perasan kewujudan alam sekitar di keliling kita.

Jujurnya saya suka juga begini. Pagi semalam saya keluar untuk buat gorceries bersama pasangan sebab ada banyak barang nak dibeli. Tapi saya perasan diri saya menjadi nervous bila nak keluar. Ada kecemasan rasa dalam diri tapi saya cepat-cepat untuk kembali sedar akan nafas saya. Tarik nafas dan perhatikan sekitar diri saya. Rupanya sudah lama saya tak menikmati keindahan ini. So bila saya being present sepenuhnya dengan apa yang saya lalui, saya dapat mengawal kecemasan dalam diri. Secara otomatik ia menjadi lebih terkawal dan kembali tenang.

Saya juga perasan kebelakangan ini terlalu banyak berita mengenai isu ni diperkatakan. Datang dari pelbagai sumber da sebenarnya ia tak bagus untuk diri saya. Sebaiknya saya berusaha untuk tidak baca dan dengar isu ini sebab saya belajar utnuk tapis apa berita yang saya perlu dengar. Dengan ini sistem badan saya akan lebih terkendali dan tidak dicampur dengan faktor berita yang boleh mengganggu ketenangan diri.

Justeru untuk anda yang baca tulisan ni, saya mohon anda jaga apa yang anda baca, terutama di facebook. Ada baiknya anda cari buku yang lebih ilmiah dan baca atau baca Alquran tafseer pun boleh. Dari mendedahkan diri dengan pelbagai spekulasi dari medsos. Cari sumber aktiviti yang menggembirakan anda like baking dengan anak dan sebagainya. Create bonding time dengan diri sendiri juga.

Saya tak banyak boleh menulis sekarang ni sebab ada beberapa kerja penulisan upahan yang perlu saya siapkan. Hingga jumpa lagi dan stay safe ya. Insyaallah kita boleh lalui situasi ini dengan baik. =)

Lupa saya nak update, semalam saya dah berjaya letak buku terbaru saya di platform niaga PG Mall. =) Ia jadi lebih mudah untuk orang cari dan buat tempahan atas talian.

Oh ya suka untuk saya selitkan info untuk anda yang berniaga. Jika ada rasa nak platform website jualan PERCUMA, boleh daftar akaun PERCUMA anda terlebih dahulu di pautan ni http://bit.ly/2rkwU5J dan kemudian anda emel kepada saya di masibrahim818@gmail.com , saya bantu anda untuk langkah seterusnya. Ini mungkin bantuan kecil yang mampu saya hulurkan untuk anda yang sudi terima. =)

Salam sayang, Mas. penulis buku puisi Pabila Hawa Berdendang. Haha nak juga tulis.