Selain daripada menulis puisi, saya juga menulis mengenai info simpanan emas. Ini kerana saya tertarik dengan emas sebagai alat alternatif simpanan yang ada kekukuhan nilai berbanding dengan tunai.

Seperti yang ramai maklum, tunai sering dikaitkan dengan inflasi. Inflasi pula sifatnya memamah nilai duit tunai. Kalau zaman persekolahan saya dulu, bawa duit saku RM0.40 dah boleh beli pelbagai menu lengkap yan mengenyangkan seperti sebungkus nasi lemak atau mee, 1 pek keropok dan 1 gelas/plastik air. Kebarangkalian untuk ada baki RM.10 juga tinggi.

Kini, jumlah RM0.40 ni dah tak relevan lagi. Hari ini anak-anak saya bawak duit RM4 untuk mereka beli bekalan tengahari nanti. RM4 inilah yang lebih relevan dengan nilai tunai hari ini, beli 1 pinggan nasi ayam RM2, air RM1 dan baki RM1 untuk disimpan atau belanja kedai koperasi.

Jika dilihat dari satu sisi, ia menunjukkan tahap kemerosotan tunai yang sangat ketara. Betul? Nasi lemak yang sama berbeza harga seiring dengan peredaran waktu dan kadar inflasi yang berkait dengan tunai. Contoh tadi tu sangat mudah untuk fahamkan inflasi dan nilai duit.

Justeru, saya sangat senang hati untuk berkisahkan mengenai simpanan emas sebab emas ni nilainya lebih kukuh. Bukan itu saja, emas juga

  • Nilainya Allah yang jamin, justeru takkan sesekali nilai emas setara 0 atau dalam erti kata lain emas ada nilai intrisik.
  • telah dibuktikan dengan sejarah mampu memberi nilai yang tinggi, asbab nilai duit yang merosot, justeru emas meroket
  • aset kecil yang mudah untuk dimulakan hatta serendah RM100 (akaun GAP emas Public Gold)
  • logam mulia yang ada di syurgaNya. Ada ayat berkisahkan perihal ini. Justeru ia adalah simbolik Allah Yang Maha Kaya
  • logam sumber asli yang tak boleh dimusnahkan oleh manusia. Buat camana pun ia tetap jadi emas dan tetap ada nilai.

Semua faktor di atas ada reverse efek dengan tunai. Bukan saya kata tak perlu simpan tunai, of course ia perlu sebab sistem kewangan dan kehidupan hari ini memang menggunakan tunai. Semua orang pun tau dan dah ada simpanan tunai. Yang orang masih kurang ada adalah simpanan emas.

Simpan sedikit dari sebahagian gaji bulanan iaitu dalam 10% dalam bentuk emas. Ia bagus untuk simpanan jangkamasa panjang. Saya ada bukti yang sangat baik untuk ini.

Lebih kurang 3-4 tahun lepas, saya telah membeli 1 keping dinar emas Public Gold dalam harga lebih kurang RM770 waktu itu. Hari ini 1 dinar ini berharga RM1,000, lihat rajah di sebelah ya. Untuk makluman 1 dinar adalah bersamaan dengan 4.25 grams emas dan ia berketulenan 999.9

Jika dikira, tahap keuntungan 1 dinar ini adalah RM1,000 – RM770 = RM230. Inilah nilai untung dalam masa 3 tahun (lebih kurang) atau bersamaan dengan 29.8%. Ia adalah satu figure yang agak tinggi jika dibanding dengan keuntungan yang dibawa oleh tunai.

Nampak tak point yang saya cuba sampaikan di sini. Anda boleh baca lebih banyak info emas di sini ya http://www.maslianaibrahim.com

Jika anda perlukan sebarang makluman lanjut, boleh emel saya atau baca juga info emas di ruang bacaan yang saya sediakan di sini. =) Terima kasih kerana sudi baca semua perkongsian saya di sini.